|
TENTANG KUEMAS
"Dengan segala
kemudahan yang diberikan kepada pergerakan koperasi di Malaysia,
KuEmas sepatutnya mencari satu peluang untuk menjadi mekanisma penting
dalam proses penjanaan ekonomi agar ianya bukan sekadar menjalankan
peranannya dari satu sudut sahaja tetapi menjadi nadi utama kepada
pergerakan aliran ekonomi baru yang diwujudkannya."
- Nizam,
Pengerusi KuEmas.

Koperasi Usahawan Emas Malaysia Berhad (B-6-0670) merupakan sebuah
koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 30hb Jun
2009 sebagai sebuah koperasi asas dengan liabiliti terhad di bawah
subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993.
Lihat salinan sijil.
MATLAMAT PENUBUHAN
_____________________________________________________________________________________________________
Koperasi
merupakan institusi ekonomi-sosial yang menjadi pemangkin kepada
perkembangan ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana
dalam masyarakat. Walaupun terdapat pelbagai bentuk koperasi sekarang
ini di Malaysia, matlamat penubuhannya tetap sama iaitu untuk
memajukan ekonomi dan sosial ahli-ahlinya. Ia juga merupakan sektor
ketiga terbesar selepas sektor awam dan swasta yang memainkan peranan
penting dalam menjana ekonomi negara.
Melihat
kesan ekonomi kapitalis yang diamalkan dunia sekarang telah
mengakibatkan beberapa kali berlakunya kegawatan ekonomi dan
ketidakstabilan pengurusan nilai kewangan serta ketidakadilan dalam
pengagihan kekayaan dikalangan masyarakat membuat rasa terpanggil di
kalangan umat Islam untuk mengembalikan platfom / asas ekonomi asal
amalan zaman kegemilangan Islam satu masa dulu yang mana bakal menjadi
landasan bagi pergerakan ekonomi baru.
Matlamat Pertama
Koperasi
Usahawan Emas Malaysia Berhad (KuEmas) bakal menjadi pelantar /
platfom bagi kegiatan ekonomi bersandarkan asas-asas sistem ekonomi
Islam yang telah diperakui oleh Rasulullah SAW dan Allah SWT iaitu
bersandarkan di atas tiga asas, iaitu :
1.
bagaimana harta diperolehi yakni berkenaan kepemilikan (al-milkiyah),
2. bagaimana pengelolaan kepemilikan harta (tasharruf fil milkiyah),
serta
3. bagaimana pengagihan kekayaan kepada masyarakat (tauzi’ul tsarwah
bayna an-naas).
Akhir
sekali mekanisma yang dibentuk oleh sistem ekonomi Islam ini
dikelompokkan menjadi dua, iaitu mekanisma ekonomi dan mekanisma non-ekonomi.
-
Mekanisma ekonomi adalah mekanisma melalui aktiviti ekonomi yang
bersifat produktif, berupa kepelbagaian kegiatan pengembangan harta
(tanmiyatul mal) dalam akad-akad muamalah dan sebab-sebab
kepemilikan (asbab at-tamalluk).
-
Mekanisma non-ekonomi adalah mekanisma yang tidak melalui aktiviti
ekonomi yang produktif, iaitu aktiviti non-produktif, misalnya
pemberian (hibah, sedekah, zakat, dll) atau warisan. Mekanisma non-ekonomi
ini sebenarnya sebagai pelengkap mekanisma ekonomi untuk mengatasi
pengagihan kekayaan yang tidak berjalan sempurna jika hanya
bersandarkan mekanisma ekonomi semata.
Matlamat Kedua
Menyedari
sistem kewangan banyak berkaitan dengan penghasilan kekayaan. Malah,
ramai beranggapan wang itu sendiri adalah kekayaan.
Institusi kewangan berperanan
memobilisasi simpanan sedia ada serta menyalurkan kepada pelabur
supaya dapat digandakan untuk kekayaan dalam bentuk penghasilan modal
dan tempat simpanan hasil keuntungan.
Membicarakan peranan institusi kewangan ini, kita tidak boleh
mengetepikan kaitannya dengan kejatuhan nilai mata wang yang melanda
dunia hari ini. Amat jelas sektor perbankan bertanggungjawab dalam
kejatuhan sistem kewangan yang melanda dunia akibat kegagalan sistem
bank pusat dan kejatuhan sistem kapitalis. Perbankan sewajarnya
dipertanggungjawabkan memandangkan terlalu banyak ‘mencipta wang’
tanpa disandarkan kepada satu jenis komoditi, pada kadar yang jauh
lebih tinggi ditambah penambahan kadar daripada kemampuan sebenar
perkembangan ekonomi sesebuah negara. Penciptaan wang ini dihasilkan
melalui simpanan bank, di mana bank-bank Islam juga terbabit.
Sedar atau tidak perbankan dan
kewangan Islam hari ini sebenarnya masih mempunyai banyak kekurangan
contohnya, ia tidak berasaskan kepada ekonomi sebenar, sama seperti
sistem konvensional. Walaupun semua instrumen terus berkait dengan
aset sebenar, malangnya, sistem kewangannya tidak disandarkan dengan
aset
sebenar.
Hari ini, sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam turut
beroperasi dalam ruang lingkup sistem perbankan rizab sebahagian yang
menggunakan wang fiat yang tidak disandarkan dengan komoditi sebenar
seperti emas atau perak.
Koperasi
Usahawan Emas Malaysia Berhad merasakan dapat memainkan peranannya
untuk mengubah keadaan ini berdasarkan persediaan rapi yang dirancang
sepertimana yang terdapat di dalam matlamat pertamanya. Ini juga dapat
direalisasikan memandangkan ianya mudah dimulakan dengan kominiti
dalaman khususnya sebelum dilebarkan kepada masyarakat luar amnya yang
mana di dalam kawalannya. Matlamatnya adalah mengembalikan sistem
kewangan Islam yang berasaskan sandaran kepada komiditi emas dan perak.
Dengan itu
KuEmas merasakan kini adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan
dinar emas dan dirham perak sebagai mata wang yang patut digunakan
dalam pergerakan ekonomi baru ini. Penggunaan dinar dan dirham ini
mengelakkan penghasilan wang yang akan mewujudkan gelembung. Tanpa
usaha dan langkah ini, KuEmas rasakan adalah mustahil memerangi
masalah kemelesetan ekonomi global yang mendatang.
Matlamat Ketiga
Dalam
struktur ekonomi dunia yang semakin kompleks, gerakan koperasi
terpaksa mengharungi cabaran globalisasi sebagaimana yang dihadapi
oleh usahaniaga-usahaniaga lain.
Perubahan perniagaan dunia sebenarnya menuntut koperasi mengubah
aktiviti perniagaan yang bersifat konvensional kepada koperasi yang
berorientasikan aktiviti global. Dalam situasi begini KuEmas harus
berani meneroka bidang baru dan merebut peluang-peluang perniagaan
yang baru yang tercetus akibat daripada era globalisasi dan literasi
perdagangan. KuEmas harus merangka perancangan jangka panjang yang
bersifat global dan bertujuan membawa perubahan keadaan ekonomi
sekarang kepada yang lebih baik atau lebih tepat ke asal sistem
ekonomi Islamik yang lebih adil dan saksama untuk semua.
Matlamat ini semua akan hanya dapat dicapai dengan adanya pakatan
strategik dengan gabungan tenaga dan idea di kalangan ahli supaya
mereka dapat menjalankan aktiviti ekonomi dalam skala kecil dan besar
serta mempunyai daya saing yang tinggi.
VISI
KUEMAS
_______________________________________________________________________________________________________________
Menjadikan
Koperasi Usahawan Emas Malaysia Berhad sebagai agen penjana ekonomi
baru yang berasaskan sistem ekonomi Islam dan menjadikan Dinar dan
Dirham sebagai matawangnya seterusnya menghidupkan kembali sunnah
Rasullullah SAW yang sekian lama telah disisihkan.
MISI
KUEMAS
_______________________________________________________________________________________________________________
-
Menjana
ekonomi berasaskan sistem ekonomi Islam menerusi menubuhan
produk-produk / skim-skim simpanan, pelaburan, pendidikan dan
kebajikan yang halal lagi toyibba.
-
Mendidik
ahli anggota kepada pengurusan perniagaan dan jual beli berlandaskan
sistem pembayaran menggunakan dinar & dirham sepertimana zaman
keagungan ekonomi Islam.
-
Menerapkan unsur-unsur dakwah dan sunnah dalam pengurusan,
pentadbiran dan operasi koperasi.
-
Melahirkan usahawan-usahawan yang benar-benar berilmu dalam bidang
perniagaan yang diceburi terutamanya emas serta bersedia untuk
bersaing di arena goblisasi.
-
Pengumpulan dana untuk tujuan pelaburan yang berkaitan dengan
perniagaan emas secara khususnya dan bidang lain secara amnya.
-
Meningkatkan pemilikan emas di kalangan anggota koperasi semaksima
mungkin bagi tujuan pelaburan.
-
Memberi
pulangan dividen/keuntungan terbaik yang mana melebihi apa yang
dapat ditawarkan oleh kebiasaan skim di pasaran kepada semua anggota
yang menyertai skim simpanan dan pelaburan koperasi.
-
Ke arah
perluasan peranan bagi tujuan pengwujudan Bank Koperasi Usahawan
Islam Malaysia.
|