|
MENGENAL
KOPERASI
Anda berminat untuk
menjadi ahli Koperasi Usahawan Emas Malaysia Berhad? Sebelum itu mari
kita bersama-sama memahami mengapa perlu kita menjadi ahli sesebuah
koperasi dan apa keuntungannya.

APA ITU
KOPERASI?
Koperasi
ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan
matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip
koperasi.
APAKAH
CIRI-CIRI KOPERASI?
-
Koperasi
melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan
anggota-anggotanya.
-
Koperasi bukannya politik. Anggotanya tidak boleh menggunakan
koperasi sebagai tempat berpolitik.
-
Koperasi bukannya Kesatuan Pekerja (Trade Union).
-
Konsep
koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain,bukannya
dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari majikan.
-
Koperasi bukannya badan kebajikan
-
Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi
berdasarkan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi yang
telah diluluskan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
-
Syer dan
/ atau yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal menjalankan
perniagaan koperasi.
-
Setiap
anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat keputusan mengenai
masa depan koperasi.
-
Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau
yurannya sahaja.
-
Mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada anggota terlebih
dahulu daripada mencari keuntungan semata-mata.
APAKAH
PRINSIP-PRINSIP KOPERASI?
Koperasi
mengamalkan prinsip-prinsip:-
-
Keanggotaan sukarela dan terbuka
-
Kawalan
secara demokrasi oleh anggota
-
Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi
-
Kebebasan autonomi
-
Pendidikan, latihan dan maklumat
-
Bekerjasama di antara koperasi-koperasi
-
Prihatin
terhadap komuniti
APAKAH
FAEDAH KOPERASI KEPADA ANDA?
-
Anggota
memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di
samping menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan
oleh koperasi. Dengan ini anggota berhak menentukan jenis
barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
-
Koperasi
menawarkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kepada
anggota-anggotanya. Disamping itu, koperasi juga menyediakan
kemudahan tabungan yang terjamin dan kemudahan pinjaman pada kadar
faedah yang berpatutan.
-
Anggota
berpeluang membangun bersama-sama dengan wawasan koperasi dan
menikmati hasil ekonomi yang diterokai oleh koperasi.
-
Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, modal yang
disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti
koperasi. Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukan
kepada tabung kebajikan anggota bagi membiayai aktiviti-aktiviti
kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota,
khairatvkematian dan sumbangan kepada aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan.
|
|
PROSES
PENDAFTARAN KEAHLIAN
Kelayakan menjadi anggota :
-
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada individu yang beragama Islam.
-
Dan
mestilah :
-
warganegara Malaysia;
-
telah
mencapai umur lapan belas tahun;
-
bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan
operasi Koperasi ini; dan
-
bukan
seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi
kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau
pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh
satu tahun.
Permohonan menjadi anggota :
Permohonan
menjadi anggota hendaklah dibuat menggunakan
Borang Rasmi KuEmas dan dialamatkan
kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang
dipertanggungjawabkan.
Fi masuk :
-
Tiap-tiap
permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk
sebanyak RM300.00 (Ringgit : tiga ratus sahaja). Fi masuk itu menurut
perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika
permohonannya ditolak oleh Lembaga.
-
Bekas
anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk
sebanyak RM350.00 (Ringgit : tiga ratus lima puluh sahaja).
-
Penama
atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk
menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu,
tidak dikenakan fi masuk.
Modal
syer :
Menurut
perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan RM200.00 (Ringgit
: dua ratus sahaja) syer sebagai sumbangan minimum. Syer minimum ini
tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan tamat.
Yuran Bulanan :
Yuran
bulanan anggota seperti yang diperuntukkan menurut perenggan 50(c)
Akta adalah sebanyak RM20.00 (Ringgit : dua puluh sahaja) sebulan.
_____________________________________________________________
Selepas membuat semua
bayaran, apa yang saya dapat?
-
Anda akan menerima Sijil
Keanggotaan / Kad Keahlian
-
Anda akan menerima
syiling 1/4 Dinar berpek khas edisi KuEmas
-
Anda akan menerima eBook
- Gold as an Investment
-
Anda akan mendapat
senaskah Buku Undang-Undang Kecil
-
Anda mempunyai saham
asas di dalam KuEmas sebanyak RM200.00 dan penambahan dibenarkan di
dalam gandaan RM100.00.
Apakah kelebihan / faedah
menjadi ahli KuEmas?
-
Berpeluang untuk
bersama-sama berusaha menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW
dalam mengembalikan sistem ekonomi Islam dan penggunaan Dinar dan
Dirham dalam urusan jualbeli.
-
Menyertai skim-skim
simpanan atau pelaburan khas yang ditubuhkan khusus untuk ahli
KuEmas.
-
Mendapat Dividen /
Pulangan dari pelaburan atau simpanan yang dibuat di dalam skim-skim
yang disediakan oleh KuEmas.
-
Peluang untuk berkongsi
modal dan berkerjasama dalam projek-projek perniagaan yang diceburi
oleh KuEmas.
-
Bersama duduk di atas
satu platfom yang memberi peluang kepada ahli berkongsi ilmu
pengetahuan mengenai emas khususnya dan aktiviti sistem ekonomi
amnya di kalangan ahli.
-
Membina network sendiri
di kalangan ahli bagi kepentingan bersama.
-
Mendapat perlindungan
Takaful secara percuma.
-
Mendapat Diskaun Khas
Ahli untuk setiap produk yang diniagakan oleh KuEmas.
-
Khidmat pembiayaan /
pinjaman khas untuk ahli.
-
Skim-skim kebajikan
untuk ahli termasuk belanja khairat kematian, pendidikan, pembedahan
dan lain-lain lagi.
Ini adalah antara faedah
secara langsung yang boleh didapati oleh ahli selepas menyertai KuEmas
tetapi banyak lagi faedah tidak langsung yang akan diperolehi ahli
seperti peluang-peluang perniagaan hasil dari aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh KuEmas, khidmat nasihat oleh pihak ketiga yang
menjalinkan hubungan dengan KuEmas dan berbagai lagi faedah.
|